Salam....yuhuuuuuuuuuu
Sudah lama x mengepost di sini :)
BTW, aku dah kerja kat kolej baruuuuuuuuuuuuu...suasana pun baru!!
Nanti story_story lagi...Sekarang tengah nak naikkan mood. Mooddddddddd lah sangat
Muahsss (^__^)
aNgRiAniWoRLd
simple & silly
Mar 20, 2013
Apr 19, 2012
Comments
Alhamdulillah, dah hampir 9 minggu aku intership kat SMKJR. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku perolehi sepanjang berada di sini. Aku paling suka 'kumpul' komen-komen daripada klien dan pelajar.
Pelajar A : Cikgu, apasal nama cikgu pelik?
Me : Hehehe itu yg bagus, cari sampai putus tali kasut pun x jumpa (^__^)
Pelajar B : Cikgu Angry Bird ada?
Me : Angry bird xde, tapi angry me ada :-p
Pelajar C : Umur cikgu berapa eh?
Me : 33 tahun.
Pelajar C : Betul ke cikgu??? Gentle lah cikgu. (Apa yg gentle aku pun x faham) :-p
Me : Nak kena gentel ke? Hihihihi
Pelajar D : Cikgu ni wangi lah...pakai perfume brand apa?
Me : Brand cap ayam!
Pelajar E : Comel lah cikgu ni. (Tang comel ni mmg ramai yg komen) :-p
Me : Comel ke comot? Coverline lah tu...sebenarnya nak cakap gemmmmsssss kan :-p
Banyak lagi...tapi yang kat atas tu yg paling diingati...hehehehe (^__^). Anyway, bila time intership @ praktikal ni lah baru aku sedar bahawa banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Mar 7, 2012
Panjang (^__*)
Alhamdulillah, dah masuk minggu ke-5 aku menjalankan praktikal di organisasi ni. So far so good. Walaupun penat + blur + blank + stres tapi InshaAllah aku BOLEH! :-p. Banyak pengalaman yang aku peroleh sepanjang 5 minggu berpraktikal ni. Bagai langit dengan bumi perbezaan dengan suasana praktikal 10 tahun yang lalu. Banyak perkara yang perlu diperbaiki, dipelajari dan dihadapi sepanjang praktikal ni. Sambil berpraktikal, aku kena siapkan tesis gak. Bapak banyak kerja. Kadang rasa macam weng jer kepala aku ni (^__~).
Sabtu ni, appointment bulan keempat untuk rawatan orthodontik kat klinik pergigian kajang prima. Dah dua bulan kena tarik gigi. Time dentist pasang elastic bands yang bersambung-sambung tu, ngilunya Ya Allahh! Rasa nak marah pun ada, tapi kontrol sebab dah tau dah apa responnya :-p. Bila pandang cermin, tengok punya tengok...memang ada perubahan lah bentuk muka aku. Perubahan yang semakin ketara, apasal dagu aku makin memanjang tu??? Bibir kemain...muncung sekali, boleh ikat. Huahuahuahuahuahuahuahuahua (T__T). Tak caya tengok pic kat atas nun...tudung pink tu sebelum, tudung hitam lak dah bergigi besi. Hubby cakap, setakat dagu memanjang tu ok lagi. Tapi kalau bertukar wajah jadi macam Angelina Jolie, HARU jawabnya! Cissssss :-p
Bulan ni pakai elastic bands color hitam + orange. Sabtu ni nak try color hitam + pink lak. Hahahaha feeling-feeling remaja gitu...Have a nice weekend (^__^)
Bulan ni pakai elastic bands color hitam + orange. Sabtu ni nak try color hitam + pink lak. Hahahaha feeling-feeling remaja gitu...Have a nice weekend (^__^)
Jan 18, 2012
Gigi Besi XD
Sebenarnya dah lama mau post pasal new look ni, tp kemalasan macam selalu kan. BTW, awal bulan Dec 2011 lepas, aku terpaksa cabut sebatang gigi geraham kecil bahagian bawah kan. Tujuannya untuk memudahkan pergerakan gigi bila braces sudah dipasang. Actually, plan mau pasang braces ni sudah lama, tapi ditangguh² sebab takut! Mana tak seram, satu mulut penuh besi :-p. Kebetulan lepas jumpa pakar ortho di fakulti pergigian UKM, mmg dentist suggested pakai braces memandang kedudukan gigi bawah yg senget benget, serta gigi aku diistilahkan 'edge to edge'. Ambil giliran mau pasang braces kena tunggu 2 1/2 tahun!!! Lama!!! Sudah pasti aku yang x sabar ni, mau potong line pun x boleh kan. Jawabnya sendirian berhad lah bebeh!
Aku pasang braces di Klinik Pergigian Kajang Prima, nama dentist Dr. Rosidah Tahir. Best giler dentist ni. Bercakap pun, Ya Allah...lembut dan mesra. Bila dia dah tengok gigi aku, dia bagitau price lumpsum braces ni. Pada mulanya Dr. Rosidah bgtau mungkin x payah cabut gigi, tp kena ambil x-ray mulut dulu lah baru confirm. Sebelum x-ray, Dr. Rosidah buat acuan gigi aku. Ya Allah! Nak muntah pun ada masa ni. Cuba bayangkan mulut kita dipenuhi dengan ubat gigi. Macam tu rasanya buat acuan gigi tu. Lepas tu, aku gi bilik x-ray. Fuhhhh!!! Canggihnya mesin x-ray mulut ni. Terkesima aku dibuatnya :-p.
Bila x-ray dah settle, Dr. Rosidah panggil dan bagitau kena cabut sebatang gigi. Mau aku tak menggigil. Siap gi tandas nak shishishiiii...nak nangis pun ada. Aku siap mengeraskan badan bila dentist nak cabut gigi. Terpaksa assistant dentist pegang kepala aku. Hahaha malu pun ada. Tapi satu yang aku perasan, perfume Dr. Rosidah tu wangi dan sedap weiii!. Lepas cabut, assistant dentist set appointment untuk pasang braces. So, dengan rasminya aku telah pasang braces pada 28 Dec yang lepas.
Layan laaa pics new look aku lepas berbraces bagai. Mula² pakai, esoknya dah ada ulser sebesar duit syiling 1 sen. Makan bubur seminggu, sampai aku muak makan bubur McD. Sekarang, Alhamdulillah dah boleh makan mcm biasa as long x makan benda² yang keras.

Aku pilih elastic bands color pink + turqois. Fefeling remaja konon :-p

Ni lah rupa bentuk muka aku lepas berbraces. Ok jer kan, muka pun masih sama hahaha XD

Subscribe to:
Posts (Atom)
